Aku da penat. Penat penat penat
Pandang Lihat Jerit
THE ART OF LIVING IS MORE TO WRESTLING THAN DANCING
Sunday, February 3, 2013
Wednesday, July 4, 2012
Nisfu Syaaban 2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Pada hari ini atau malam ini merupakan malam Nisfu Syaaban yang membawa maksud malam yang ke 15 dalam bulan Syaaban.
Pada hari ini juga, sebagai umat islam kita percaya bahawa buku catatan amalam kita selama setahun yang lepas akan diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan amalan yang baru.
Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya dan juga rakan2 yang mengunjungi blog ini agar kita bermuhasabah tentang apa yang telah kita lakukan pada masa2 yang terdahulu agar kita dapat memperbaiki,menambahbaik segala amalan yang kita lakukan.
Semoga kita semua memperoleh keberkatan dari-Nya insyaAllah.
Amin ya rabal alamin.
Percubaan dari Android
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua =).. Lama rasanya tak menulis di blog ni. Habis bersawang penuh da ni. Ye lah kan, dulu bila baca blog orang terasa macam nak buat blog sendiri. Masa memula tulis blog memang semangat habis. Macam2 nak di tulis,diluah. Bila da sampai tahap malasnye,kewujudan blog ni pon hampir2 dilupakan. Hahaha sorry blog ;).
Ini adalah percubaan update blog dari platform Android. Mungkin lepas ni boleh aktif balik memerah otak untuk mencoretkan sesuatu didalam ni. Ye la kan,takda la bila pegang telefon je asik2 buka facebook,twitter,whatsapp je.
Apa2pon jika masih ada yang membaca blog ni(perasan..haha) diucapkan ribuan jutaan terima kasih. Nantikan post2 terbaru dari saya ye. Selamat malam semua!! =)
Friday, July 30, 2010
My new rig (^-^)
ok,aku revealkan ape yang aku bli berdasarkan kekuatan kewangan aku.haha
1.Processor Intel core 2 Duo E7400
mengikut perkiraan aku nak je amik e8600 ke q9400 ke tapi pk2 balik e7400 ni pon kire ok la. aku pon bukan pki software yg berat2 yg kene ade proc yg power. setakat nak pki utk online,gaming,muvie,lagu. macam kate sorang kawan aku nie kalo setakat nak bukak FB,men game sume tak yah la nak proc yg mahal2.huu..tapi aku tak setuju gak sebab game2 skang nie requirement die nak pro yg hebat2..hee..
harge approx= >RM 380
2.Papan Induk @ motherboard Asus P5P43TD
Proc suda ada jadi kat mane nak ditepekan proc tu kalo tak kat motherboard..Aku pilih mobo ni sebab die support ddr3,murah,boleh overclock(OC) mudah2,ade 6 usb port dan sebab die ASUS. aku suke asus mobo sebab die ade macam express gate which mean on je komputer terus boleh online.tak payah nak tunggu masuk windows ape sume.bestkan macam tue...hee
harge approx = < RM 340
3.GraphicCard Power Color HD4870 512mb DDR5 grafik kad adalah satu komponen yg amat penting kalo korang kaki game. kalo setakat bukak komputer nak online myspace,facebook onboard grafik pon bleh..huu..aku pilih grafik kad ni sebab bersesuaian ngan bajet aku.lagi pon aku bukannye hardcore gamers. dengan kad GPU ni dengan selambe je nak main COD4,5, left4 dead,streetfighter dengan highest setting..emm ape lagi..fifa?lagi ayam2..tapi kalo nak main game Gand theaft auto 4 tu kurang hebat sket.huu..lagi satu,aku suke tgk kad die yg warne kemerahan ngan ade paip cooling tersendiri..huu.
harge approx = >RM 400
to be continued~~~
Monday, April 26, 2010
Vemma- produk yang berasakan buah manggis
Saya pon baru tau yang manggis ni banyak kelebihannya.Selain dari menjadikan badan kita sihat ia juga membuka ruang bagi kita untuk menjana pendapatan bagi meneruskan kelansungan hidup dalam dunia yg semakin mencabar..wah! ayat tak ingat punye..hehe..tapi serius cakap sebagai seorang remaja yang mempunyai keinginan untuk memilki pelbagai benda,ketiadaan wang merupakan satu halangan.lagi2 remaja yg bergelar pelajar.Oleh itu saya memberikan sedikit ruang kepada diri sendiri untuk mencuba produk ini di samping boleh menjana pendapatan tanpa mengharapkan ihsan dari badan kewangan terbesar iaitu FA & MA (Father & Mama).hahaha..
Jikalau berminat untuk mencuba produk ini jgn segan2 beritahu saya..Anda semua dijemput untuk melayari website2 yg disertakan.
kalo berminat anda boleh isikan butiran diri anda di
www.e-vemma.com/syazwan
Ini pula tentang produk serta kebaikan2 yg diperolehi..
www.vemmanggis.com.
www.vemma.com
Terima kasih..hehehe
Friday, January 22, 2010
Dont answer me!
bukan aku tanak kongsi ape yg aku tgk tapi cam tak elok la cite2 pasal tu.rase cam segan pon ye.
tah la.kalo nak merajuk pon ape yg aku leh buat?merajuk la,sentap la!
sigh~ btw,im sorry..
Monday, January 18, 2010
Perginye seorang anak adam~
Tahun 2010 nie dimulakan ngan pelbagai peristiwa yg meruntun jiwa.Setelah dikejutkan dengan berita pemergian anak kepada Kak Ina,sabtu lepas dikejutkan lagi dengan pemergian seorang insan yg aku hormati,sayang iaitu maklong.
Pemergian maklong mmg dapat kitorang jangkekan tapi takla secepat ni.aku terkilan gak la sebab tak dapat jumpe die wat kali terakhir.sebab bile aku sampai kat kg,aku tgk sunyi je perkarang rumah.tgk acik sibuk menelefon seseorang dengan muke penuh kesedihan.aku baru kluar kereta ayah ku ajak pegi cari doktor.dalam perjalanan ke klinik,baru ayah kasitau yg maklong baru meninggal 5 minit sebelum aku sampai.terkedu kejap beb!
Balik dari klinik,perasaan sebak menghantui diri.aku tgk mak,makngah,pak itam teresak2 disamping jenazah.busu dalam nada yg sebak mengalunkan bacaan ayat2 suci Al-Quran.paling memilukan melihat keadaan paklong.mmg betol2 sedih punye time.
Tak kire penat aku yg belom ilang sebab drive lame,aku gagahkan diri membantu apa-apa je yg termampu.sebagai sumbangan buat kali terkahir untuk arwah.aku tgk muke arwah tenang dan manis je.
Semoga maklong tenang di alam yang akan kami semua kunjungi kelak.segala kata2 nasihat,teguran,gelak tawa akan kami ingati sampai bila2(insyaAllah)...
Al- Fatihah buat Allahyarhamah Marizah Binti Yusof @ Marizah Bin Kaiyah.