Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Syaaban 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Pada hari ini atau malam ini merupakan malam Nisfu Syaaban yang membawa maksud malam yang ke 15 dalam bulan Syaaban.

Pada hari ini juga, sebagai umat islam kita percaya bahawa buku catatan amalam kita selama setahun yang lepas akan diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan amalan yang baru.

Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya dan juga rakan2 yang mengunjungi blog ini agar kita bermuhasabah tentang apa yang telah kita lakukan pada masa2 yang terdahulu agar kita dapat memperbaiki,menambahbaik segala amalan yang kita lakukan.

Semoga kita semua memperoleh keberkatan dari-Nya insyaAllah.

Amin ya rabal alamin.

Percubaan dari Android

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua =).. Lama rasanya tak menulis di blog ni. Habis bersawang penuh da ni. Ye lah kan, dulu bila baca blog orang terasa macam nak buat blog sendiri. Masa memula tulis blog memang semangat habis. Macam2 nak di tulis,diluah. Bila da sampai tahap malasnye,kewujudan blog ni pon hampir2 dilupakan. Hahaha sorry blog ;).

Ini adalah percubaan update blog dari platform Android. Mungkin lepas ni boleh aktif balik memerah otak untuk mencoretkan sesuatu didalam ni. Ye la kan,takda la bila pegang telefon je asik2 buka facebook,twitter,whatsapp je.

Apa2pon jika masih ada yang membaca blog ni(perasan..haha) diucapkan ribuan jutaan terima kasih. Nantikan post2 terbaru dari saya ye. Selamat malam semua!! =)